GARIS PANDUAN KONSULTAN PEMBIAYAAN
Assalammualaikum & Salam Sejahtera kepada Semua ahli yang telah mendaftar menjadi agen personal loan untuk Maya Plan Services. Nama saya Irham dan saya adalah trainer anda untuk produk personal loan daripada Public Bank, Yayasan Ihsan Rakyat & Yayasan Perlis. Sebelum anda bermula, sila baca ikut step yang disenaraikan dibawah.
- Kenali produk anda (Disertakan dalam file berasingan)
- Ketahui bakal/sasaran pelanggan anda
- Pengiraan Kelayakan
- Ketahui SOP (Standard Of Procedure)
- Dokumentasi Yang Perlu
3 LANGKAH² MUDAH untuk bermula :
- Iklankan ( ONLINE & OFFLINE )
- Dapatkan Payslip dan Buat Pengiraan Kelayakan
- Submit Didalam Portal yang disediakan
Pihak agensi akan menguruskan yang selebihnya:
- Pos borang permohonan kepada pelanggan
- Pemprosesan Permohonan
- Bayar Komisyen kepada Agen
SIAPAKAH YANG LAYAK ?
- Kakitangan Kerajaan Persekutuan ( Payslip AG) kecuali JABATAN PENJARA
- Kakitangan Kerajaan Negeri ( State )
- Kakitangan Majlis, Jabatan, Perbadanan, Yayasan
BAGAIMANA HENDAK SEMAK KELAYAKAN MAJIKAN?
Kami akan menghantar listing pdf & excel untuk anda menyemak semua jabatan yang tersenarai melalui email. Terdapat 2 jenis fail majikan yang perlu anda semak :
- Authorised Signatory : Untuk semak nama pegawai atasan yang boleh tandatangan pengesahan majikan. File ini untuk payslip AG sahaja (Permohonan YIR). Tidak semua majikan tersenarai disini.
- Restriction List : Senarai nama majikan yang LAYAK dan yang TIDAK LAYAK bagi permohonanYYP.
Tips :
- Sekiranya tiada nama pegawai/nama majikan tersebut (Authorised Signatory), minta pelanggan anda buat pengesahan dengan UNIT GAJI ditempat mereka bekerja.
- Sekiranya nama majikan tersebut tiada dalam senarai (Restriction List), sila email pertanyaan anda kepada admin di mayaplan111@gmail.com
Sekiranya terdapat persoalan kelayakan majikan, boleh pm saya di whatsapp secara personal dan saya cuba bantu anda.
LANGKAH-LANGKAH
Prosedur Standard apabila anda mendapat pelanggan:
Langkah Satu (Dapatkan Payslip)
Dapatkan payslip terkini mereka. Apa yang terdapat dalam payslip.?
A) Butiran mereka; Nama & nombor IC Kakitangan
B) Nombor dan nama Majikan. Semak kelayakan majikan mereka menggunakan fail pdf yang diberikan.
Langkah Dua (Pengiraan Kelayakan & Pengiraan Loan)
Kirakan kelayakan potongan (eligibilty deductions). Kebanyakan semua majikan membenarkan potongan 60% daripada gaji mereka, dan sebahagiannya hanya dibenarkan potongan 50% & 40%. Sekali lagi, periksa penyenaraian yang diberikan untuk potongan yang layak.
Pengiraan manual secara mudah:
(Jumlah Pendapatan Tetap DARAB 0.6 dan kemudian TOLAK jumlah potongan) seperti tertera pada payslip. Selepas itu, anda boleh mendapatkan jumlah kelayakan potongan dari itu.
Contoh Pengiraan:
Jumlah Pendapatan Tetap : RM 3000.00
Jumlah Potongan (Payslip) : RM 1000.00
3000 x 0.6 = RM 1800.00
1800 – 1000 = RM 800.00 (Ini adalah Jumlah Potongan Yang Layak untuk AG Payslip)
Jika majikan adalah selain daripada payslip AG, kes ini perlu dihantar ke Yayasan Perlis (YYP) dan anda perlu menolak RM 20.00 lagi dari jumlah Potongan Layak. Dalam kes di atas, Jumlah Potongan yang layak adalah RM 800.00 – RM 20.00 = RM 780.00
Untuk kes di atas, rujuk Jadual Potongan, jumlah yang terdekat untuk:
i) AG Payslip: Pinjaman melalui Yayasan Ihsan Rakyat
Pinjaman maksimum boleh digunakan: RM 52,000
Ansuran Bulanan: RM 796.09
Kadar Keuntungan : 7.99% Tetap
Tempoh Pinjaman: 10 Tahun
ii) Non AG Payslip: Pinjaman melalui Yayasan Perlis (YYP)
Pinjaman Maksimum: RM 51,000.00
Bayaran Bulanan + Bayaran Keahlian: RM 780.78 + RM 20.00 = RM 800.78
Kadar Keuntungan : 7.99% Tetap
Tempoh Pinjaman: 10 Tahun
Langkah Tiga (Mengisi / Mengirim atau Email Borang/e-Form)
Isi semua butiran pelanggan di dalam e-borang (e-form) menggunakan komputer dan hantar melalui e-mel kepada pelanggan. Untuk permohonan YYP, anda perlu menghantar Borang BPA 1/79 (Angkasa) melalui pos.
- E-form ini pihak pejabat akan menghantar kepada anda versi terbaru melalui email.
Langkah 4 (Follow-up)
Setelah pelanggan mendapatkan borang mereka, ikuti perkembangan mereka. Pastikan pelanggan menghantar semula borang & dokumen² lengkap ke pejabat.
Langkah 5 (Penyerahan Borang)
Apabila anda mendapat balik borang dari pelanggan, semak semua dokumentasi dan jika ada dokumen yang tidak lengkap/salah, sila akan memaklumkan kepada pelanggan untuk melengkapkan semua dokumen. Setelah segalanya lengkap ;
- Hantar borang permohonan pelanggan anda terus ke pejabat
- Buat submision terus ke dalam MR PORTAL (Hanya agen yang dilatih secara kelas intensif sahaja di benarkan untuk berbuat demikian)
Langkah 6 (Semak Status Permohonan)
Sekiranya dokumen customer anda sudah dihantar ke syarikat utk diproses, pihak kami akan update status permohonan ( RCE SUBMISSION STATUS ).
Untuk mendapatkan status terkini, sila semak dengan admin pengurusan permohonan atau anda boleh email pertanyaan ke mayaplan111@gmail.com
Komisyen anda akan dibayar pada setiap hari Jumaat minggu berikutnya.
TIPS UNTUK PRE-PERMOHONAN (Pre-Submission)
- Jika pelanggan ingin membuat permohonan dengan lebih cepat, mintalah mereka mengimbas dokumen-dokumen dan dihantar melalui e-mel terlebih dahulu sebelum melakukan pos. Anda/Kami akan memasukkan semua maklumat dan hantar melalui MR PORTAL. Dengan menggunakan cara ini, permohonan tersebut akan diproses terlebih dahulu tanpa perlu menunggu borang yang original dihantar ke ibu pejabat.
- Sebarang dokumen yang tidak lengkap boleh dihantar melalui email KECUALI YIR10 & BPA 1/79 (Potongan Gaji Borang) sahaja yang perlu di pos.
DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
1. NRIC (Kad Pengenalan Pendaftaran Kebangsaan) – Perlu ditandatangani & disahkan oleh majikan (Untuk Bukan AG payslip Sahaja)
2. Payslip Terkini selama 3 bulan – Perlu ditandatangani & disahkan oleh majikan
3. Surat Pengesahan Jawatan Terkini (Surat Pengesahan Majikan)
4. Buku/Passbook Bank(Halaman Depan) / Pengesahan Akaun Bank untuk kredit pinjaman dimasukkan
* Untuk payslip Non AG perlu menyediakan penyata bank 3 bulan (mengikut bulan payslip).
– Untuk pemindahan (TT) selain daripada gaji bank, hanya 4 bank yang boleh digunakan : Maybank, Bank Rakyat, CIMB & BSN
DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN TAMBAHAN
1. Polis I.D (pelanggan PDRM sahaja) – Perlu ditandatangani & disahkan oleh majikan
2. Opsyen Pencen (Lampiran F) – Untuk pelanggan berumur di atas 44 tahun
3. Transfer Letter (Surat Pertukaran) – Jika majikan sedia ada berbeza dari payslip dinyatakan.
4. Penyata Penyelesaian (Settlement Letter) – Jika Pelanggan hendak menutup hutang lama (overlap) mana² bank/koperasi
5. Gambar selfie dengan IC sekiranya permohonan loan melebihi RM 50,000